Kuasa Tuhan Yang Sebenar

Nama saya Rabiyah dan saya berasal dari sebuah keluarga Islam Ortodoks. Ayah saya seorang yang amat alim dan bertugas sebagai Imam di masjid kota saya. Dia adalah seorang ahli sunnah berketurunan India utara, namanya bermula sebagai "Pir Muhammad" oleh kerana itu, sebagai seorang yang bergelar Pir dia disegani ramai umat Islam di Kota kami. Lebih daripada itu, dia juga berketurunan keluarga "Shahib".

Ibu saya pula seorang Melayu yang cukup kuat ketakwaannya kepada Allah, oleh sebab pengaruh amalan tasawwuf dalam kehidupannya. Sudah tentulah kedua-dua ibu bapa saya telah bermain pengaruh ajaran dan amalan Islam yang besar di dalam kehidupan saya.

Tugas-tugas ayah saya sebagai Imam melibatkan mengadakan kelas-kelas pengajaran al-Quran, bimbingan akidah dan keagamaan bagi muda-mudi dan juga bagi Muslimin dan Muslimah dewasa. Sudah tentu, dia juga akan mengimamkan para Muslim lain semasa sembahyang solat di dalam masjid. Ayah saya juga menyandang tugas dan peranan menyempurnakan upacara pengkebumian mereka yang telah meninggal dunia; dia juga telah sempurnakan banyak upacara-upacara perkahwinan para Muslim.

Sebagai seorang Imam Masjid, bapa saya amat berpengaruh dan disegani para mukminin di kota saya. Ramai orang akan mengunujungnya untuk didoakan dan juga mencari penyelesaian bagi masalah-masalah dan kemusykilan keagamaan mereka.Tidak kurang juga yang datang meminta pertolongannya semasa masalah-masalah peribadi mereka, seperti penyakit diantara ahli keluarga mereka, menyelesaikan pergaduhan dan pertelingkahan, perlindungan daripada musibah-musibah dan sebagainya. Misalnya, ayah akan menulis ayat-ayat Al-Quran pada kertas-kertas kecil dan diberikannya kepada mereka yang memerlukannya untuk disimpan supaya dilindungi daripada kecelakaan yang tidak diingini seperti penyakit, kerasukan jin-jin, kehilangan sumber pergantungan, dan sebagainya! Ada juga mereka yang mengambil air bunga yang akan didoakannya untuk digunakan sebagai air mandi bagi mereka yang perlukannya.

Ayah saya juga amat menyayangi abang saya dan ayah telah mengharapkan supaya abang saya akan mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan pemimpin umatnya di tempat kami. Akan tetapi ini tidak berlaku oleh kerana abang saya telah meninggal dunia secara mengejut apabila saya meningkat usia 18 tahun. Sejak peristiwa itu, ayah telah mengalami kesedihan yang amat sangat sehingga kehilangan azamnya untuk melayani mereka yang telah mengunjung ke rumah saya bagi mendapat pertolongan daripadanya. Oleh sebab keadaan ini, saya telah meningkatkan penglibatan saya didalam upacara-upacara ayah saya untuk melayani para Muslim yang telah mengunjungi kami mencari pertolongan. Dalam cara ini, saya telah mendalami pengetahuan serta pengilmuan saya dalam Islam dan pelayanannya.

Didalam ruang kebun rumah kami terdapat sepohon pokok yang rendang. Pohon ini ada keistimewaannya bagi ayah saya. Tetapi pokok ini bertumbuh terlalu dekat dengan pagar rumah jiran kami. Jadi, cabang-cabangnya dan juga ranting-rantingnya telah mengular secara perlahan-lahan memasuki kawasan rumah jiran kami. Suatu hari, jiran kami itu telah meminta supaya cabang-cabang pokok itu ditebang, dan ayah telah menjawabnya untuk menebang pokok itu dengan sendiri jika dia kehendaki! Jadi pada hari keesokannya jiran itu telah datang dengan sahabat-sahabatnya untuk menebas pokok didalam kebun saya itu. Akan tetapi, mereka tidak dapat menebangnya; tetapi sebaliknya pula, orang yang telah mencuba memotongnya telah mengalami kecederaan pula! Ayah memberitahu saya secara senyap bahawa pokok itu tidak dapat ditebang jika ayah saya tidak membenarkannya!

Pada satu malam, saya telah mencuba 'berbual' dengan pokok itu. Saya telah memohon 'roh' yang menumpang didalam pokok dikebun saya itu supaya 'berpindah' kedalam suatu pohon pokok yang lain dikebun saya. Saya telah mengalas beberapa biji telur rebus dan sepinggan nasi kunyit di kaki pokok yang baru 'diinapi' itu. Pada hari keesokannya pula, pokok yang pertama itu dapat ditebang dengan jayanya oleh jiran saya! Ayah telah menjadi sungguh heran sekali diatas peristiwa itu, kerana dia belum 'memberi arahan keluar rumah' kepada pokok itu! Jadi, melalui peristiwa inilah ayah telah menyadari yang saya juga memiliki kebolehan rohani yang unik ini. Tidak lama kemudian, ayah telah meninggal dunia.

Selepas peristiwa pahit kematian ayah saya, saya telah keluar bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah perniagaan (komersil) bagi menanggung sara hidup keluarga saya. Sebagai seorang anak perempuan seorang bekas Imam masjid, saya telah menurut peraturan-peraturan Islam secukup-cukupnya apabila keluar dari rumah. Selain daripada menutup aurat dengan bertudung, saya juga bersarung tangan serta berstokin sepenuhnya! Di tempat kerja saya itu saya telah bersua dengan seorang guru wanita Kristian yang tidak habis-habis bercakap mengenai Tuhannya sahaja! Sepertimana yang kamu boleh sangkakan dengan mudah - saya telah cuba mengelak dari berkenalan dengannya kerana saya begitu tidak berminat sekali di dalam cerita-cerita Tuhan umat Kristian. (Akan tetapi sebaliknya, Tuhan telah menyentuh hati wanita Kristian ini supaya berdoa untuk saya selama sepuluh tahun tanpa pengetahuan saya!)

Dua tahun setelah saya tinggalkan kolej itu, saya telah mengidap sejenis penyakit yang serius. Namanya dalam bahasa Inggeris: Rheumatoid Osteo Arthritis. Penyakit ini membengkakkan sendi-sendi di tulang-temulang saya. Tulang-tulang saya pula menjadi kudung dengan perlahannya. Ia juga menyerang sel-sel darah merah saya dengan mengurangkan pengeluaran mereka, sambil memperbanyakkan sel-sel darah putih secara abnormal. Doktor dan pakar-pakar perubatan telah memberi ramalan jangka hayat saya untuk hidup hanya selama tiga bulan lagi! 

Apabila mendengar berita buruk itu, dunia saya telah hancur berkecai! Selama ini saya telah berikhtiar hidup sebagai hamba Allah yang taat dan setia. Misalnya, saya tidak sekalipun meninggalkan doa-doa solat lima kali sehari selama ini, saya juga seringnya berpuasa lima puluh hari menjelang bulan puasa, jauh lebih banyak daripada yang wajib bagi seorang muslimah. Kali ini saya dicabar bertawakal pula bagi kesihatan saya! Meski pun begitu, suara hati saya telah mengerakkan saya untuk berhubung dengan wanita Nasrani yang menjadi rakan sekerja saya dahulu! Sudah dua tahun lamanya saya tidak bersua dengannya.

Alangkah ajaib dan aneh sekali apabila saya telah menerima panggilan telefon daripada wanita ini!! Setelah dua tahun lamanya tidak berhubung, apatah lagi saya tidak mempunyai nombor telefonnya! Bagi saya,ini tidak lain tidak bukan satu mukjizat Tuhan namanya! Bekas rakan sekerja saya ini telah bertanya :"Apa khabar dengan kamu?" Saya terus berkata kepadanya yang saya mesti bertemu dengannya secepat mungkin. Lalu saya dijemput kerumahnya pada saat itu juga.

 Di rumah wanita Kristian yang alim ini, saya telah memberitahunya tentang keadaan penyakit tenat yang saya hidapi itu. Air mata saya menitis berlinang-linang semasa saya meluahkan kekeciwaan dan perasaan putus asa saya kerana mempunyai hanya tiga bulan berhayat di muka bumi ini, walaupun saya telah begitu bertakwa dan taat setia kepada jalan Allah dan sunnah-Nya. Kawan saya telah mendengar segala-galanya dengan sabar, sambil membuat secawan t eh untuk saya.

Sesudah saya habis menceritakan kepada kawan saya ini saya telah meminta untuk didoakan. Dia pun bersetuju dan telah berdoa bagi saya seperti berikut:

"Ya Rabbi Tuhan kami, anak-Mu sudah pun kembali kepangkuan-Mu, bukalah matanya dan tunjukilah kepadanya siapakah sebenar-Nya Engkau."

Selepas doa itu, saya merasa keciwa oleh sebab doanya begitu singkat!  Saya pun pulanglah ke rumah saya tanpa meminum minuman yang disediakan untuk saya itu. Pada keesokan hari itu pula saya telah pergi ke Hospital Besar untuk menepati temu-janji dengan doktor-doktor saya. Di hospital, saya diperiksa dengan terperinici dari kepala ke tapak kaki saya! Saya diX-Raykan beberapa kali dan juga dikenakan bermacam-macam ujian darah berkali-kali. Menjelang petang hari saya tidak dibenarkan pulang ke rumah, malah dikenakan X-Ray dan beberapa ujian lagi! Lepas itu pula saya ditemu-bual(interviu) dengan pakar-pakar yang sedang mengubati saya.

Mereka menanyakan jikalau saya ada diubati oleh doktor-doktor atau pakar yang lain, saya pun menjawab 'Tidak' kepada soalan mereka ini.

Pakar-pakar perubatan ini mengeluarkla 2 keping X-Ray yang berlainan dan menunjukkan kepada saya. Satu keping X-ray itu telah diambil beberapa minggu yang lalu. Imej rangka tulang didalamnya nampak berkudung semuanya. Tetapi, imej didalam keping-keping X-ray yang diambil pada hari itu menunjukkan semua tulang-temulang saya sudah kembali NORMAL! Ini bererti bahawa saya sudah pun DISEMBUH! Puji Tuhan Alhamdulillah!

Sesudah disahkan oleh doktor dan pakar-pakar Hospital Besar, saya pun menelefon kawan Nasrani saya itu untuk memberitahukannya berita yang sungguh baik ini. Responsnya pula adalah "Saya pun sudah tahu akan keputusannya! Tuhan Allah telah mendedahkannya kepada saya."

Alangkah lega dan ringannya rasa hati saya minggu selepas itu! Hati dan jiwa saya begitu kehausan untuk mengenali Tuhan umat Nasrani yang telah menjadi Penyembuh saya itu! Saya kira pada minggu itu saya telah membaca Kitab Suci Injil lebih lima puluh kali! Terutama sekali kisah riwayat Al-Masih 'Isa ibnu Maryam yang terkandung di dalamnya.

Pada penghujung minggu itu pula, saya telah masuk ruang dapur di rumah untuk berdoa dan merenungkan firman Tuhan yang telah saya bacakan. Tiba-tiba satu cahaya warna kuning yang amat terang selubungi ruang dapur itu. Dalam cahaya terang itu saya dapat lihat dengan jelas rupa 'Isa al-Masih yang berwarna putih telah menjelma didepan mata saya. Lalu saya mendengar kata-katanya yang ditujukan kepada saya : "Saya bersama-sama denganmu, janganlah kamu takut atau khuatir."

Pada ketika itu juga, Tuhan telah membenarkan saya mengalami suatu pengalaman imbasan kembali yang sungguh menakjubkan. Tuhan mengingatkan kepada saya dua peristiwa dalam kehidupan saya dimana saya telah nyaris-nyaris mengambil nyawa saya sendiri! Bagaimanakah dapat saya menjunam sedalam-dalamnya lembah kekeciwaan seperti itu? Selama saya beragama Islam dengan beriman dan beralim, saya penuh keyakinan bahawa Tuhan akan menyelamatkan saya daripada masalah-masalah dan kerumitan dalam keluarga saya itu, terutama sekali masalah kewangan yang telah kerapkali timbul. Saya berpuasa lima puluh hari di musim Ramadhan, lebih daripada yang diwajibkan. Saya juga tidak pernah meninggalkan lima kali sehari solat saya. Akan tetapi ini semua seolah-olah tidak membawa apa-apa kesan dalam keadaan keluarga saya itu.

Imbasan-kembali pertama yang dibenarkan Tuhan kepada saya ialah apabila saya berusia dua-belas tahun. Pada masa itu adalah musim hujan dan saya telah pergi berdiri di tebing sebatang sungai di perkampungan saya. Air dalam sungai sungguh deras kerana hujan yang sudah turun. Saya pun mengalami perasaan yang amat kuat untuk menerjun kedalam arus sungai yang deras itu. Tetapi apabila saya hampir-hampir melompat, saya terasa bahu saya dipegang, dan tiba-tiba saya kedengaran suara dari belakang saya yang berkata: "Saya bersama-sama denganmu, janganlah kamu takut atau khuatir." Apabila saya berpaling kebelakang, tiada seorang pun yang berada disitu.

Imbasan-kembali kali kedua pula berlaku apabila saya berumur dua-puluh satu tahun. Saya telah mencuba mengambil nyawa saya sekali lagi. Kali ini saya telah naik ketingkat yang tertinggi sebuah bangunan pencakar langit di kota saya untuk melompat darinya. Saya hampir-hampir terjun dari tingkat tertinggi bangunan itu apabila, sekali lagi, saya kedengaran suara dari belakang saya yang berkata: "Saya bersama-sama denganmu, janganlah kamu takut atau khuatir." Kali ini pula saya terasa tangan diatas kedua bahu-bahu saya, menghalang saya daripada melompat kebawah. Apabila saya berpaling kebelakang, tiada seorang pun yang berada disitu.

Setelah saya mengalami kedua-dua imbasan kembali ini, saya menanyakan jelmaan 'Isa al-Masih yang putih berseri itu -"Adakah suara yang mengatakan kata-kata itu suara Kamu?" Dengan jelas sekali telah kembali jawapannya:"Ya!"

Pada saat itu juga saya memeluk penyelamatan dan penebusan yang dianugerahkan dalam Isa al-Masih. Saya menyerahkan segala rancangan-rancangan hidup saya serta masa depan saya kedalam tangan-Nya. Apabila saya membaca dan mengkaji Kitab Suci Injil, saya berasa aman damai dan kelegaan yang saya tidak pernah mengalami sebelumnya dengan mana-mana Kitab Suci yang lain. Pengalamannya seperti air hidup yang datang mencurah-curah diatas jiwa saya yang tandus kehausan dan menghilangkan segala kehausan dan ketandusan rohani yang sehingga saat itu begitu mengeciwakan sekali.

Selepas itu, saya telah pindah keluar dari rumah untuk mengelak daripada situasi yang tegang dan kurang aman setelah ibu saya mendapat tahu mengenai keadaan baru saya. Walau pun begitu, selepas dua minggu ahli keluarga saya telah mengajak saya kembali ke rumah untuk makan malam. Saya pun menerima jemputan mereka dengan hati terbuka tanpa apa-apa kesangsian atau syak wasangka. Padahal, ahli keluarga saya telah meracuni makanan yang diberikan kepada saya. Walau bagaimanapun, Tuhan mahakuasa akan membenarkan saya menjamah makanan itu tetapi ia tidak membawa apa-apa kesan buruk keatas saya, puji Tuhan Mahakuasa! Akhir kata, keluarga saya telah cuba beberapa kali untuk membunuh saya, tetapi setiap kali Tuhan mahakuasa akan mendedahkannya kepada saya dan saya berjaya melarikan diri.

Pada hari ini, saya sungguh gembira berkhidmat dalam pelayanan Tuhan sepenuh masa. Dia telah membuka jalan untuk saya melayanani-Nya di negeri Malaysia, Indonesia, Filipina, New Zealand, Australia dan juga di Singapura. Pelayanan-Nya yang saya melibatkan diri ialah dalam bidang penyembuhan dan memberitakan khabar baik-Nya bagi mereka yang memerlukannya. Kini saya kenal kuasa Tuhan Mahakuasa yang hidup dan benar walhal sebelumnya saya tidak, segala puji dan kemuliaan kepada Tuhanku dan Pembelaku yang Agung!


Indeks Utama