Kesaksian Siti Zainab
Assalamualaikum.
Nama saya Siti Zainab. Saya seorang wanita Melayu Muslim dari rantau Asia Tenggara. Saya telah berlahir ke dalam keluarga Muslim yang cukup tradisional dan kuat pegangan agama Islamnya. Sejak awal-awal lagi saya telah diberi pendidikan keagamaan Islam yang mendalam lagi mantap.
Pada peringkat sekolah rendah, saya juga dididik di sekolah madrasah dan bermuqaddam, mengaji dan telah belajar tentang rukun-rukun Islam serta al-Quran daripada ustazah-ustazah dan guru-guru agama Islam yang lain. Di sana saya diajar untuk berpatuh kepada Allah s.w.t. serta tunduk kepada Dia dan meneladani Nabi Muhammad dan sunnahnya seperti mana yang terkandung di dalam Hadis. Saya telah mengaji dengan sempurnanya dan kedua ibu-bapa saya amat puas hati dengan pembentukan keislaman saya. Pendek kata, saya telah mengalami pertumbuhan yang cukup mantap sebagai seorang muslimah Islam.
Saya tidak pernah tinggalkan ibadat solat lima kali sehari saya, dan saya juga berpuasa secukup cukupnya setiap bulan Ramadhan. Saya juga menegakkan rukun-rukun Islam itu tanpa diminta atau disuruh oleh sesiapa pun, terutamanya orang-orang tua saya. Pendek kata, pengalaman saya sebagai seorang Muslimah yang saleh tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Walaupun saya telah mengerjakan rukun-rukun Islam saya dengan rajin, tekun dan taat-setia. Sesudah bertahun-tahun menunaikan kewajipan Islam saya itu saya tidak pernah mempersoalkan kepentingan atau keistimewaan ibadat Islam saya itu. Tetapi, lama kelamaan, kerja-kerja tersebut semakin menjadi hanya ritual dan upacara yang semakin kehilangan makna dan kekhusyukan mereka bagi saya. Apakah semua ini merupakan routine-ritus tanda-tanda perhubungan seorang hamba dengan Tuannya sahaja? Dikerjakan sebenarnya hanya untuk kutip pahala semata-mata!
Saya telah menanyakan begitu di dalam hati saya sendiri tetapi tidak kemukakannya secara terbuka kerana tidak mahu menyinggung perasaan sahabat-sahabat Islam saya dan saya teringat juga saya telah di tegah dengan keras oleh guru-guru agama saya semasa saya menanyakan soalan-soalan serta kemusykilan seperti itu kepada mereka.
Tetapi, Soalan-soalan itu masih tetap berada di dalam jiwa dan fikiran saya, lebih-lebih lagi ketika saya meningkat umur, terutamanya pabila saya menuntut di Sekolah Tinggi! Semasa saya semakin naik matang dalam kedewasaan, saya dapati bahawa ibadat-ibadat Islam itu menjadi semakin cetek, dangkal dan kosong sahaja dalam ertikata hassanah dan anugerah Tuhan yang sebenarnya. Saya mencuba memfokus perhatian saya kepada yang indah dan murni disebalik setiap kerja ibadah itu tetapi tidak dapat menghilangkan kesedaran kedangkalan dan kekosongan di dalam upacara ibadat Islam itu! Apakah inilah cara yang terbaik bagi Manusia menjalinkan perhubungannya dengan Tuhan ?
Sesudah menghabiskan Sekolah Tinggi saya berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam jurusan pilihan saya. Di situ saya telah memperbanyakkan bahan pembacaan saya kerana masih mencari jawaban kepada kekosongan yang disebutkan di atas. Saya telah tertarik kepada sebuah buku yang berjudul "Appointment in Jerusalem" atau diterjemahkan "Temujanji di Yerusalem". Buku ini hasil karya seorang wanita bangsa Danish. Buku ini menceritakan tentang pencarian wanita ini untuk makna dan kepuasan rohani dalam keagamaannya. Saya tertarik dengan kandungannya kerana ia sangat mirip dengan pergumulan rohani saya sendiri!
Saya terkejut sedikit apabila mendapati bahawa wanita Danish ini memperolehi keinsafan dan kesedaran rohaninya melalui perhubungan secara langsung dengan Tuhan. Yaitu manusia boleh berhubungan dengan Tuhan bukan hanya melewati upacara-upacara ibadah mereka, tetapi manusia sudah boleh mengalami satu perhubungan peribadi dan secara langsung dengan Pencipta mereka sebagai anak-anak dengan Tuhan sebagai Bapa mereka! Perhubungan ini adalah peribadi serta dinamik, yaitu manusia sekarang boleh mengenali Tuhan secara peribadi dalam pengertian Ayahanda dan anakanda.
Mungkinkah pertalian rohaniah inilah yang saya mencari-cari selama ini? Di dalam Kelas IPT saya terdapat beberapa orang Kristian yang peramah lagi budiman. Tetapi saya tidak terlalu bergaul mesra dengan mereka dan hanya memperhatikan mereka dari jarak jauh. Saya ingin perhatikan jika iman mereka mirip dengan pengalaman saya sendiri dalam keislaman saya atau pun pengalaman rohani mereka juga dangkal seperti diceritakan di atas! Walau pun orang-orang Kristian ini boleh kira kuat iman mereka, tetapi mereka tidak 'menginjilkan' saya dengan agama Kristian. Sesudah masa berbulan-bulan berlalu, barulah saya bermula menanyakan mereka tentang pengalaman keagamaan dan rohani mereka. Mereka pun amat heran bahwa saya, seorang Islam, ingin berbincang pasal keagamaan dengan mereka, umat Kristian! Tapi saya sangat hormati mereka kerana tidak mencuba 'menjual' agama mereka kepada saya. Sebaliknya kami telah bersama-sama dapat membincang pengalaman rohani dan keagamaan kami sebagai orang dewasa yang matang.
Dari berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekelas saya inilah, saya telah perolehi fahaman lebih dalam tentang ajaran Kristian dan apa yang diceritakan di dalam buku "Appointment in Jerusalem" itu. Akan tetapi, selama dua tahun dalam kelas IPT itu saya tidak berbuat apa-apa. Saya masih mahu mencari dalam agama Islam saya tentang perhubungan sejati di antara Tuhan dan manusia, dan membandingkannya dengan ajaran-ajaran Injil. Dan selama dua tahun itu kawan-kawan Kristian sekelas saya sabar dengan pertanyaan serta soalan-soalan saya, kekadang ada soalan yang dangkal dan yang sulit juga! Tetapi saya juga amat tertarik dengan kesopanan, keramahan serta keikhlasan mereka ini.
Sesudah dua tahun telah berlalu, bersama-sama dengan pencarian saya itu, saya pun membuat keputusan untuk memeluk ajaran Injil sebenar yang diwartakan oleh Al-Masih Isa itu. Sejak itu, ibadat sembahyang, puasa serta amal-amal salih saya yang lain telah diperkayakan dan dianugerahi hassanah dan kurnia ilahi berlipat ganda yang tak terbanding nikmatnya! Barulah saya sadar bahawa manusia tidak hanya seperti 'robot' dan memiliki perhubungan dengan Tuhan hanya sebagai khadam-Nya atau sekadar hamba-Nya sahaja!
Sebaliknya, di dalam ajaran Kitab Suci Injil - semua insan yang menerima Jalan dan Hakikat Allah yang sebenar akan memiliki perhubungan yang baru dan dinamik dengan-Nya, yakni bergelar sebagai anak-anak Allah; seperti dicatitkan dalam Nas Alkitab :
'Tetapi kepada orang yang menerima-Nya diberi-Nya hak untuk menjadi
anak-anak Allah, yaitu kepada mereka yang percaya kepada nama-Nya.
Kelahiran mereka bukan dari darah, bukan dari keinginan daging, dan
bukan dari keinginan seorang lelaki, melainkan dari Allah.'
Yohanes (Yahya) 1 : 12-13
Setelah mendapati berkat dari Tuhan sebagai anak-Nya, kehidupan saya mulai berubah dan keluarga saya mulai memperhatikan saya. Akhirnya, mereka pun dapat tahu bahawa saya telah peluk ajaran Isa al-Masih seperti terkandung di dalam Al-Kitab/Bible itu. Pada saat itu, mereka tidak dapat menerima saya sebagai seorang pengikut Isa al-Masih. Dan saya terpaksa mengharungi banyak rintangan-rintangan yang cukup rumit dan sulit dalam keluarga saya itu.
Walau pun begitu, Tuhan Allah telah membekalkan saya dengan semangat kesabaran yang jitu, terutamanya untuk menghadapi pahit-manis reaksi awalan keluarga saya apabila saya mula-mula telah menerima Isa sebagai Penebus, Firman dan Kalimat Allah yang hidup itu (Yohanes 1:1-5, Surah 3/45, surah 4/171) ke dalam kehidupan saya sendiri. Saya kira mereka sangat kurang faham sahaja apa yang sebenarnya tindakan saya itu. Sekarang, puji Tuhan, keadaannya sudah berubah bertambah baik dan pulih kembali. Yang penting sekali, sekarang saya sudah sedar akan perhubungan saya dengan Tuhan Allah yang penuh dengan keberkeyakinan, tidak sama seperti dahulu di mana tidak ada keyakinan langsung dengan ibadah dan amal-amal saleh saya sebagai seorang Muslimah walaupun yang cukup beriman. Saya tidak pernah pasti jika sebagai hamba Allah, segala ibadah soleh saya telah menerima kepuasan Allah sebagai Tuanhamba saya.
Tetapi sekarang sebagai anak-Nya, saya sudah mempunyai keyakinan dan kepastian yang kekal abadi diatas kurban yang sudah di sempurnakan oleh pemberian kiffarat Si-Penebus Yesus (Isa) itu. Demi itulah, sekarang Rohul-Kudus Allah sendiri yang menghasilkan dan melimpahkan segala sesuatu anugerah dan berkat rohani-Nya melalui kehidupan saya sebagai anak-Nya DAN hamba-Nya yang setia. Saya mengundang dan menjemput saudara untuk mengalami pelepasan dan nikmat-nikmat rohani dari sisi Allah yang tidak terbanding ini bagi diri anda sendiri. Saya sendiri tidak miliki sebarang penyesalan di atas keputusan saya untuk mengikuti Isa al-Masih pada hari ini dan hari esok !